YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES
Hai!! Selamat Mencuci Mata. :)

vala vala~~


Apo nak jadi la.... alahaii..
pelik betul la suma benda ada je tak kono.
apa kono ni haaa???
ayoo..
gini cite nye, tadi aku ngan akak
gi Giant n Pas jap.nak beli sandal.
pastu bile dah beli sume,tetiba nak start kete
tetibe tak ley.aku apa lagi panik laaa
(hanya ALLAH sahaja yang tahu ape perasaan aku)
dah la tempat parking tu tak ada line.perghh
memang kene naik tingkat atas baru ada
call la sapa2 yang tau pasal kete sume.
last2 ayah call terpaksa cerita
yang sebenarnya.. last2 ayah dtg ngan kawan akak
beli la battery kete .bile dah pasang
still enjin tak boleh start.tak tau la
pe masalahnye... teros ayah call mekanik
n tarik kete gi bengkel. rupenya pasal 
starter kete tu problem.alahai..
macam2 betul masalah..
terpaksa la kuar duit ..
pokai ayah aku this month..
saba je la~~

MALAYSIA YOU ARE THE WINNER!!



SYUKUR ALHAMDULILLAH.....
memang gila perlawanan kali ni. macam2 dugaan.
walaupun kita di kutuk bermacam2 cara, 
tapi MALAYSIA tetap teguh berdiri.
Go Malaysia!!

test test :)

kononya nak wat cam huruf2 tu(tak tau nama ape )
tapi ini je yg jadi haha




huruf jawi "dal".bkn kuah dal tu ye :)


happy birthday to me~~

my birthday cake :)

ADA APE EH HARI NI? HAHAHA
poyo je pura2 tak tahu. sudah gaharu cendana pula,
dah tahu bertanya pula.begitu la pepatahnye,, haha
Terima kasih kepada semua kawan2 ku yang sudi wish 
birthday even tak berapa kenal.hahhaha
tapi its okay, i tak kesah ahah
syookk gila tahun ni. 2 kek aku dapat.
tapi berlainan masa la.haaa
1st malam smlm tepat pukul 12 mak ayah 
buat surprise .wahh siap beli yang tiup2 kejadah tu
pe tah nama nya. mcm2 igt anak kecik lagi kot
hahhaha pastu keesokkan hari nya, aku
tak tahu pun yang mentor nak buat surprise 
(konon je lebih padahal dah tau haha)
lagipun ada perjumpaan+ jamuan skit cmtu la.
hari pulak hujan, terpaksa la redah sahaja.
kali kedua tu celebrate ngan member2.
mmg best la. heehehe
tak mengharapkan hadiah kalau ada
yang bg bgus jugak tu haha

hadiah advance for this year.Thanks to mak & ayah :)

result kuu..



result keluar pada hari khamis lepas.now baru sekarang nak terhengeh-hengeh
update kat blog haha ye la.semenjak ada TOY baru ni.
susah nak berenggang hehe.
TOY tu pun hadiah sempena result yang OK JE LA tu ngn birthday present.
wahhhh mak kata hadiah paling mahal.hahhaha
result aku kira peringkat Dean List/President List .
tapi kali ni agak menurun,tapi mak ayah kata,
"ADA MASA KITA DIATAS,ADA MASA KITA DIBAWAH"
kene pegang kata2 itu ye.hehe
Alhamdulillah. still boleh kekal tak la jatuh gila2.hehe
k la cau cau :)
esok bersamaan 10/11/2011 ,result akan kuar.. ohh emm jayy!!!
entah apa la rupe result aku tu.hope
tak jatuh la pointer aku tu.stay je pun tak pe hehe


apa nak jadi la~


hmm,,.. aku tak tahu la nak cakap ape.sebab nanti
apa yang aku cakap sume nye salah.so lebih baik
aku diam daripada bercakap yg boleh
menyakitkan hati orang. ye la
manusia kan, senang terasa hati.
tak tau la ape nak diucapkan supaya orang2
tak kecil hati ngn aku. 
memang la pening kalau nak cakap je
kena tapis mulut ni.ye la
kang terkeluar ayat yang boleh
menyentuh jiwa/emosi ke pe nanti.
sedih la jugak bila hati orang dijaga, tapi hati
sendiri sapa la nak jaga kan. sedap je
sakitkan.mana la nak amik kisah kan..
dalam berjuta2 orang di muka bumi ini, 
ada la jugak segelintir yang memahami.
bukan nak kata aku ni perfect ke apa, 
cuma ye la just nak mengingatkan orang
supaya sebelum nak berkata2 tu
lebih baik pikirkan ayat apa yang nak
dikatakan..
okay la sampai sini je la ye.Kbai :)

Kisah Benar:Payu Dara Paramugari Disepit penyepit dari BARA API NERAKA.



Artikel dari Hj.Mazlan Hj.Nasron.

Selama hampir sembilan tahun menetap di Mekah dan membantu ayah saya menguruskan jemaah haji dan umrah, saya telah melalui pelbagai pengalaman menarik dan pelik.
Walaubagaimanapun, dalam banyak-banyak peristiwa itu, ada satu kejadian yang pasti tidak akan saya lupakan sampai bila-bila.
Ianya berlaku kepada seorang wanita yang berusia di pertengahan 30-an. Kejadian itu berlaku pada pertengahan 1980-an semasa saya menguruskan satu rombongan haji. Ketika itu umur saya baru 20 tahun dan masih menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah. Kebetulan ketika itu saya balik ke Mekah sekejap untuk menghabiskan cuti semester.
Saya menetap di Mekah mulai 1981 selepas menamatkan pengajian di Sekolah Agama Gunung Semanggol, Perak. Keluarga saya memang semuanya di Mekah, cuma saya seorang saja tinggal dengan nenek saya di Perak.
Walaupun masih muda, saya ditugaskan oleh bapa saya, Haji Nasron untuk menguruskan jemaah haji dan umrah memandangkan saya adalah anak sulung dalam keluarga.
Berbalik kepada cerita tadi, ketibaan wanita tersebut dan rombongan haji di Lapangan Terbang Jeddah kami sambut dengan sebuah bas. Semuanya nampak riang sebab itulah kali pertama mereka mengerjakan haji. Sebaik sampai, saya membawa mereka menaiki bas dan dari situ, kami menuju ke Madinah. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar hinggalah kami sampai di Madinah.
Tiba di Madinah, semua orang turun daripada bas berkenaan. Turunlah mereka seorang demi seorang sehingga tiba kepada giliran wanita terbabit. Tanpa apa-apa sebab, sebaik sahaja kakinya mencecah bumi Madinah, tiba-tiba wanita itu tumbang tidak sedarkan diri.
Sebagai orang yang dipertanggungjawabkan mengurus jemaah itu, saya pun bergegas menuju ke arah wanita berkenaan.
“Kakak ni sakit,” kata saya pada jemaah-jemaah yang lain.
Suasana yang tadinya tenang serta merta bertukar menjadi cemas. Semua jemaah nampak panik dengan apa yang sedang berlaku.
“Badan dia panas dan menggigil. Kakak ni tak sedarkan diri, cepat tolong saya, kita bawa dia ke hospital,” kata saya.
Tanpa membuang masa, kami mengangkat wanita tersebut dan membawanya ke hospital Madinah yang terletak tidak jauh dari situ. Sementara itu, jemaah yang lain dihantar ke tempat penginapan masing-masing. Sampai di hospital Madinah, wanita itu masih belum sedarkan diri. Berbagai-bagai usaha dilakukan oleh doktor untuk memulihkannya, namun semuanya gagal. Sehinggalah ke petang, wanita itu masih lagi koma.
Sementara itu, tugas mengendalikan jemaah perlu saya teruskan. Saya terpaksa meninggalkan wanita tersebut terlantar di hospital berkenaan. Namun dalam kesibukan menguruskan jemaah, saya menghubungi hospital Madinah untuk mengetahui perkembangan wanita tersebut. Bagaimanapun, saya diberitahu dia masih tidak sedarkan diri. Selepas dua hari, wanita itu masih juga tidak sedarkan diri. Saya makin cemas, maklumlah, itu adalah pengalaman pertama saya berhadapan dengan situasi seperti itu.
Memandangkan usaha untuk memulihkannya semuanya gagal, maka wanita itu dihantar ke Hospital Abdul Aziz Jeddah untuk mendapatkan rawatan lanjut sebab pada masa itu hospital di Jeddah lebih lengkap kemudahannya berbanding hospital Madinah. Namun usaha untuk memulihkannya masih tidak berhasil. Jadual haji mesti diteruskan. Kami bertolak pula ke Mekah untuk mengerjakan ibadat haji.
Selesai haji, sekali lagi saya pergi ke Jeddah. Malangnya, bila sampai di Hospital King Abdul Aziz, saya diberitahu oleh doktor bahawa wanita tersebut masih koma. Bagaimanapun, kata doktor, keadaannya stabil. Melihat keadaannya itu, saya ambil keputusan untuk menunggunya di hospital.
Selepas dua hari menunggu, akhirnya wanita itu membuka matanya. Dari sudut matanya yang terbuka sedikit itu, dia memandang ke arah saya. Sebaik saja terpandang wajah saya, wanita tersebut terus memeluk saya dengan erat sambil menangis teresak- esak. Sudah tentu saya terkejut sebab saya ni bukan muhrimnya. Tambahan pula kenapa saja dia tiba-tiba menangis?? Saya bertanya kepada wanita tersebut;
“Kenapa kakak menangis?”
“Mazlan.. kakak taubat dah Lan. Kakak menyesal, kakak takkan buat lagi benda-benda yang tak baik. Kakak bertaubat, betul-betul taubat.”
“Kenapa pulak ni kak tiba-tiba saja nak bertaubat?” tanya saya masih terpinga-pinga.
Wanita itu terus menangis teresak-esak tanpa menjawab pertanyaan saya itu. Seketika kemudian dia bersuara, menceritakan kepada saya mengapa dia berkelakuan demikian, cerita yang bagi saya perlu diambil iktibar oleh kita semua. Katanya ;
“Mazlan, kakak ni sudah berumah tangga, kahwin dengan lelaki orang putih. Tapi kakak silap. Kakak ini cuma Islam pada nama dan keturunan saja. Ibadat satu apa pun kakak tak buat. Kakak tak sembahyang, tak puasa, semua amalan ibadat kakak dan suami kakak tak buat. Rumah kakak penuh dengan botol arak. Suami kakak tu kakak sepak tendang, kakak pukul-pukul saja,” katanya tersedu-sedan.
“Habis yang kakak pergi haji ini?”
“Yalah…kakak tengok orang lain pergi haji, kakak pun teringin juga nak pergi.”
“Jadi apa sebab yang kakak menangis sampai macam ni sekali. Ada sesuatu ke yang kakak alami semasa koma?” tanya saya lagi.
Dengan suara tersekat-sekat, wanita itu menceritakan ;
“Mazlan…Allah itu Maha Besar, Maha Agung, Maha Kaya. Semasa koma tu, kakak telah diazab dengan seksaan yang benar-benar pedih atas segala kesilapan yang telah kakak buat selama ini.
“Betul ke kak?” tanya saya, terkejut.
“Betul Mazlan. Semasa koma itu kakak telah ditunjukkan oleh Allah tentang balasan yang Allah beri kepada kakak. Balasan azab Lan, bukan balasan syurga. Kakak rasa seperti diazab di neraka. Kakak ni seumur hidup tak pernah pakai tudung.Sebagai balasan, rambut kakak ditarik dengan bara api. Sakitnya tak boleh nak kakak ceritakan macam mana pedihnya. Menjerit-jerit kakak minta ampun minta maaf kepada Allah.”
“Bukan itu saja, buah dada kakak pula diikat dan disepit dengan penyepit yang dibuat daripada bara api, kemudian ditarik ke sana-sini, putus, jatuh ke dalam api neraka. Buah dada kakak rentung terbakar, panasnya bukan main. Kakak menjerit, menangis kesakitan. Kakak masukkan tangan ke dalam api itu dan kakak ambil buah dada tu balik”, tanpa mempedulikan pesakit lain dan jururawat memerhatikannya wanita itu terus bercerita.
Menurutnya lagi, setiap hari dia diseksa, tanpa henti, 24 jam sehari. Dia tidak diberi peluang langsung untuk berehat atau dilepaskan daripada hukuman sepanjang masa koma itu dilaluinya dengan azab yang amat pedih. Dengan suara tersekat-sekat, dengan air mata yang makin banyak bercucuran, wanita itu meneruskan ceritanya ;
“Hari-hari kakak diseksa. Bila rambut kakak ditarik dengan bara api, sakitnya terasa seperti nak tercabut kulit kepala. Panasnya pula menyebabkan otak kakak terasa seperti menggelegak. Azab itu cukup pedih, pedih yang amat sangat, tak boleh nak diceritakan.”
Sambil bercerita, wanita itu terus meraung, menangis teresak-esak. Nyata dia betul-betul menyesal dengan kesilapannya dahulu. Saya pula terpegun, kaget dan menggigil mendengar ceritanya. Begitu sekali balasan Allah kepada umatnya yang ingkar.
“Mazlan…kakak ni nama saja Islam, tapi kakak minum arak, kakak main judi dan segala macam dosa besar. Kerana kakak suka makan dan minum apa yang diharamkan Allah, semasa tidak sedarkan diri itu kakak telah diberi makan buah-buahan yang berduri tajam. Tak ada isi pada buah itu melainkan duri-duri saja. Tapi kakak perlu makan buah-buah itu sebab kakak betul-betul lapar.”
“Bila ditelan saja buah-buah itu, duri-durinya menikam kerongkong kakak dan bila sampai ke perut, ia menikam pula perut kakak. Sedangkan jari yang tercucuk jarum pun terasa sakitnya, inikan pula duri-duri besar menyucuk kerongkong dan perut kita. Habis saja buah-buah itu kakak makan, kakak diberi pula makan bara-bara api. Bila kakak masukkan saja bara api itu ke dalam mulut, seluruh badan kakak rasa seperti terbakar hangus. Panasnya cuma Allah saja yang tahu. Api yang ada di dunia ini tidak akan sama dengan kepanasannya.
Selepas habis bara api, kakak minta minuman, tapi kakak dihidangkan pula dengan minuman yang dibuat daripada nanah. Baunya cukup busuk. Tapi kakak terpaksa minum sebab kakak sangat dahaga. Semua terpaksa kakak lalui, azabnya tak pernah rasa, tak pernah kakak alami sepanjang kakak hidup di dunia ini.”
Saya terus mendengar cerita wanita itu dengan tekun. Terasa sungguh kebesaran Allah.
“Masa diazab itu, kakak merayu mohon kepada Allah supaya berilah kakak nyawa sekali lagi, berilah kakak peluang untuk hidup sekali lagi. Tak berhenti-henti kakak memohon. Kakak kata kakak akan buktikan bahawa kakak tak akan ulangi lagi kesilapan dahulu. Kakak berjanji tak akan ingkar perintah Allah, akan jadi umat yg soleh. Kakak berjanji kalau kakak dihidupkan semula, kakak akan tampung segala kekurangan dan kesilapan kakak dahulu, kakak akan mengaji, akan sembahyang, akan puasa yang selama ini kakak tinggalkan.”
Saya termenung mendengar cerita wanita itu. Benarlah, Allah itu Maha Agung dan Maha Berkuasa. Kita manusia ini tak akan terlepas daripada balasannya. Kalau baik amalan kita maka baiklah balasan yang akan kita terima, kalau buruk amalan kita, maka azablah kita di akhirat kelak. Alhamdulillah, wanita itu telah menyaksikan sendiri kebenaran Allah.
“Ini bukan mimpi Mazlan. Kalau mimpi azabnya takkan sampai pedih macam tu sekali. Kakak bertaubat Mazlan, kakak tak akan ulangi lagi kesilapan kakak dahulu. Kakak bertaubat, kakak taubat nasuha,” katanya sambil menangis-nangis.
Sejak itu wanita berkenaan benar-benar berubah. Bila saya membawanya ke Mekah, dia menjadi jemaah yang paling warak. Amal ibadahnya tak henti-henti. Contohnya, kalau wanita itu pergi ke masjid pada waktu maghrib, dia cuma akan balik ke biliknya semula selepas sembahyang subuh.
“Kakak, yang kakak sembahyang teruk-teruk ni kenapa? Kakak kena jaga juga kesihatan diri kakak. Lepas sembahyang Isyak tu kakak baliklah, makan nasi ke, berehat ke.” tegur saya.
“Tak apalah Mazlan. Kakak ada bawa buah kurma. Bolehlah kakak makan semasa kakak lapar.”
Menurut wanita itu, sepanjang berada di dalam Masjidil Haram, dia mengqada’kan semula sembahyang yang ditinggalkannya dahulu. Selain itu dia berdoa, mohon kepada Allah supaya mengampunkan dosanya. Saya kasihan melihatkan keadaan wanita itu, takut kerana ibadah dan tekanan perasaan yang keterlaluan dia akan jatuh sakit pula. Jadi saya menasihatkan supaya tidak beribadat keterlaluan hingga mengabaikan kesihatannya.
“Tak boleh Mazlan. Kakak takut, kakak dah merasai pedihnya azab Tuhan. Mazlan tak rasa, Mazlan tak tau. Kalau Mazlan dah merasai azab itu, Mazlan juga akan jadi macam kakak. Kakak betul-betul bertaubat.”
Wanita itu juga berpesan kepada saya, katanya ;
“Mazlan, kalau ada perempuan Islam yang tak pakai tudung, Mazlan ingatkanlah pada mereka, pakailah tudung. Cukuplah kakak seorang saja yang merasai seksaan itu, kakak tak mau wanita lain pula jadi macam kakak. Semasa diazab, kakak tengok undang-undang yang Allah beri ialah setiap sehelai rambut wanita Islam yang sengaja diperlihatkan kepada orang lelaki yang bukan muhrimnya, maka dia diberikan satu dosa. Kalau 10 orang lelaki bukan muhrim tengok sehelai rambut kakak ini, bermakna kakak mendapat 10 dosa.”
“Tapi Mazlan, rambut kakak ini banyak jumlahnya, beribu-ribu. Kalau seorang tengok rambut kakak, ini bermakna beribu-ribu dosa yang kakak dapat. Kalau 10 orang tengok, macam mana? Kalau 100 orang tengok? Itu sehari, kalau hari-hari kita tak pakai tudung macam kakak ni? Allah…”
“Kakak berazam, balik saja dari haji ini, kakak akan minta tolong dari ustaz supaya ajar suami akak sembahyang, puasa, mengaji, buat ibadat. Kakak nak ajak suami pergi haji. Seperti mana kakak, suami kakak tu Islam pada nama saja. Tapi itu semua kesilapan kakak. Kakak sudah bawa dia masuk Islam, tapi kakak tak bimbing dia. Bukan itu saja, kakak pula yang jadi seperti orang bukan Islam.”
Sejak balik dari haji itu, saya tak dengar lagi apa-apa cerita tentang wanita tersebut. Walaubagaimanapun, saya percaya dia sudah menjadi wanita yang benar-benar solehah. Adakah dia berbohong kepada saya tentang ceritanya diazab semasa koma?
Tidak.
Saya percaya dia bercakap benar. Jika dia berbohong, kenapa dia berubah dan bertaubat nasuha?
Satu lagi, cubalah bandingkan azab yang diterimanya itu dengan azab yang digambarkan oleh Allah dan Nabi dalam Al-Quran dan hadis.
Adakah ia bercanggah?
Benar, apa yang berlaku itu memang kita tidak dapat membuktikannya secara saintifik, tapi bukankah soal dosa dan pahala, syurga dan neraka itu perkara ghaib? Janganlah bila kita sudah meninggal dunia, bila kita sudah diazab barulah kita mahu percaya bahawa…

“Oh… memang betul apa yang Allah dan Rasul katakan. Aku menyesal…”

Itu dah terlambat.


Di ambil dari : http://www.bardbahtiar.com/2011/08/kisah-benar-pramugari-buah-dada-di-sepit-penyepit-dari-api-neraka/


Dipersilakan share ya semuanya. Ambillah sebagai iktibar untuk kita semua. :)
Yang melantik diri kita sama ada menjadi ahli syurga atau ahli neraka bukannya orang lain, tapi diri kita sendiri. - Ustaz Wan Yusuf

Selamat Ulang Tahun :)

-syahir-


-thanks :)-


Selamat Ulang Tahun Sayang~~
genap 2 tahun 6 bulan.
27/10/2011.
hanya pegi Summit ,then menonton wayang..
hahaha cerita Paranormal Activity 3.
then gi makan2 kat kedai mamak.
makan2 pastu borak2 hehe
tetibe, die bagi something..
padahal aku tak bg pape.
tak pe next time aku bg hahaha
Thank You So Much for the gift,
walaupun tak seberapa tapi bermakna kan kan
hahaha


Dikatakan cara solat kita serupa dengan yahudi..

Sekian lama~~


wahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...
sudah lama aku tak update blog ni hehe
sekarang musim cuti.so tak banyak keje
sangat nak dibueknyoo haaa...
duduk umah je la.ada la jugak kuar
tu pun area2 umah aku je.atleast kuar drpd tak
hahhaha
sekarang ni aku dilanda VIRUS!!
VIRUS TUMBLR!!!
hahaha dah kemaruk dah,
ye la mula2 mmg suka lama2 bosan
jugak kan.. ok la nak ber-tumblr dlu hehe

RunFest Cyberjaya 2012

RunFest Cyberjaya 2012: A running movement with a difference. FUHREAL.A community that runs together, stays together. In the spirit of all things communal and good, we bring you RunFest Cyberjaya 2012, a social initiative by runfool.WHAT IS RUNFEST?A fun run. And when we say fun, WE MEAN FUN. There will be a bazaar, music &performances, workshops & of course, food & beverage tents. Inspired by the sport houses during our good ‘ol primary schooling years (Rumah Biru, Rumah Merah, Rumah Hijau, anyone?), RunFest will be made up of 4 different tribes that compete against each other.The tribes compete for medals. Compete for sport. Compete for bragging rights. Compete for no apparent reason. Compete for fun!WHO CAN JOIN?You. Your boyfriend. Your girlfriend. Your spouse. Your parents. Your parents’ parents. Your BFF. Your neighbor. Your evil boss. Your pet cat. RunFest is open to everyone!All forms of runners, especially newbies are welcomed. But we do have limited spots of only 1000 runners. So you know the drill, first come-first served.“PROJEK KASUT”Yes, it is fun & games. But we’re also initiating an independent community donation drive aiming to collect gently-used running shoes for the underprivileged. As a start, shoes that are collected will be donated to the Trainees of Monfort Youth Training Centre in Kinarut, Sabah. Trainees at MYTC are made of about 140 youths between the ages of 16 to 20. The donated running shoes will be used to support the school's extracurricular activities. It’s our small contribution towards building the rural communities in Malaysia.

Hidden - 2011 (Horror Movie)

Hidden - 2011 (Horror Movie): In this new horror/thriller movie, let's find out if love can overcome the limits of life and death.

Help Spread Voter Education

Help Spread Voter Education: UndiMsia! is a non-partisan movement aimed to promote a vibrant democracy by working towards an issues-based politics through a series of voter education deliverables targeted at young Malaysians from the age of 18 - 35. We hope that through this voter education exercise, young Malaysians will take an interest on issues that matter to them and be armed with knowledge that will empower them to engage in constructive discussions and actions aimed at addressing these issues with their electoral representatives.UndiMsia! aims to build participatory opportunities for young Malaysians by:

Supporting the need for accurate information on key civil, political and socio-economic issues that affect every aspect of young Malaysian life;
Facilitating young Malaysians in their engagement with elected representatives; and
Mobilising young Malaysians to take impactful action with tangible results.

We will be releasing our voter education materials in the next couple of weeks. In the mean time, we're organising our launch with a one-night event of mock elections to raise funds for our deliverables.
Click HERE to read more on the event.
Stay tuned with us at http://www.UndiMsia.com by subscribing to our Facebook, Twitter and Youtube or simply click

Snap a Photo with Your Favourite Dinosaur and win an iPad

Snap a Photo with Your Favourite Dinosaur and win an iPad: Petrosains DinoTrek 2 giving the iPad, iPod, iPhone 4 for their Dinosaur Photo Contest. Is this a Steve Jobs Tribute?

Mat Tune | Interview with Hugh Jackman (Real Steel)

Mat Tune | Interview with Hugh Jackman (Real Steel): Tune Talk sent Mat Tune to go and interview the star of Real Steel, Mr Hugh Jackman, ahead of the movie release this week on Thu, 13th October.

Do you find second hand smoke irritating?

Do you find second hand smoke irritating?: Do you find secondhand smoke irritating?
You might just bear with it because you think that it doesn’t affect you.But these are the facts!
4000 known chemicals in tobacco smoke and at least 250 of them are harmful and more than 50 cause cancer. NON-SMOKERS are at risks of developing lung cancer and other related diseases attributed to tobacco smoke too! This is no longer

J O D O H :)


10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja
 Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama
 Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya
 Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur
 Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai
 Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama
 Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita
 Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, “lidah sendiri lagikan tergigit”, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan
 Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.
9.Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

http://www.tentanghati.com/2011/10/gunakan-seluruh-pancaindera-jodoh.html
ORI-

Tentang L E L A K I .


Tanda2 lelaki yg jatuh cinta dgn jujur n ikhlas:

  1. Si dia bersungguh2 melakukan sesuatu utk kekasihnya dgn rela dan bukan kerana terpaksa.
  2. Si dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan sanggup berubah demi menyenangi hati pasangannya.
  3. Si dia byk menasihati kekasihnya kerana si dia amat menyayangi kekasihnya.
  4. Si dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap2. (maksud: mengambil berat stiap apa yg dilakukn oleh kekasihnya)
  5. Si dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.
  6. Si dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana si dia sentiasa berasa curiga jika kekasihnya dikacau lelaki lain.
  7. Si dia tidak suka ada lelaki lain rapat dgn kekasihnya.
  8. Si dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
  9. Adakalanya si dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana si dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari org lain.
  10. Si dia menjadi org yg paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.
  11. Si dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk dan dimanjai oleh kekasihnya.
  12. Si dia akan menggelabah apabila kekasihnya berjauhan daripadanya terlalu lama.
  13. Si dia sentiasa memastikan keselamatan kekasihnya.
  14. Si dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.
  15. Si dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana si dia tidak mahu kasih sayang antara mereka menjadi luntur.
  16. Si dia tidak akan melayan perempuan lain yg tidak ada urusan penting dengannya.
  17. Si dia cuba meluangkan lebih byk masa dgn kekasihnya walaupun terpaksa mengorbankan masa dirinya sendiri.
  18. Si dia membanggakan kekasihnya di depan org lain.
  19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, si dia akan berasa serik dan tidak percaya dgn cinta perempuan lain namun si dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.
  20. Apabila timbul org ketiga,si dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.
  21. Si dia menganggap kekasihnya sebagai org yg paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.
  22. Si dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau si dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100% mencintai kekasihnya.
  23. Si dia sanggup menitiskn air mata demi kekasihnya..Bukan semua lelaki sanggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. (Tidakkah anda terharu melihat seorang lelaki yg sanggup menitiskan air mata demi anda?)
HARGAILAH MEREKA dan terimalah mereka seadanya… Berilah diri anda peluang utk kembali mencintai seorang yg bergelar lelaki.. :)

How can you eat that cute panda?

How can you eat that cute panda?: Millions of people around the globe look into the future hoping for a brighter one with each new day.
But we could lose our natural gifts.
Everyday someone consumes an endangered species.
Everyday someone pollutes the ocean, killing healthy marine life.
Everyday a forest is threatened by deforestation.
Everyday wildlife gets killed for sale.Without healthy forest and marine ecosystems, our food supply would be adversely affected. Without healthy forests, we could lose our freshwater sources, ultimately depreciating our quality of life.
By helping to protect our environment, we are also protecting our livelihoods, food and water supply; securing our good quality of life and our children's bright future.
Make the right call and pledge to

(VIDEO) Jin menganggu perbualan telefon!

seram pulak bila dengar perempuan tu gelak.. 

Soooo Adorablee...


Gila lah.Untungnya ada anak mcm ni.
terharu gilass haaa,,,,


Mendiang Steve Jobs.

 Tinggal Kenangan..
Pengasas Apple-Steve Jobs telah meninggal dunia
awal pagi tadi .Beliau yang berumur
56 tahun telah meletakkan jawatan
disebabkan penyakit
kansernya.





(Video)Great Performance!


okay.video bawah ni memang gempak habis. bandingkan antara 
Ohio University dengan North Korea punya video
mana yang lagi syiokkkk haa... haha









(GAMBAR)Katil yang unik ..





1. Book bed





2. Cabroilet Bed





3. Roller Coaster Bed





4. Millennium Falcon Bed





5. Net bed





6. Sofa-Bunk Bed





7. Bird’s Nest Bed





8. Morfeo Sofa Bed





9. Sandwich bed





10. Bath Bed





11. Beam bed





12.












Gereja Terbesar bakal dibina!!


 Hari ni aku tak banyak sangat wat keje.ye la cuti kan
nak wat apa je.duk terperap dlm umah je la.
Aku nak share skit satu benda.
tadi aku tgk2 artikel tetibe jumpa 
1 blog cita pasal gereja.
tak tau la betul ke tidak , aku just nak smpaikan je
apa yang dia tulis, gereja terbesar akan dibina
dekat Bukit Jalil. tak tau la mana die dapat tau
pasal ni. bila tengok gmbr2 pasal
gereja tu, aku cam was2.tak tau
betul ke tak.kalau ikut ukuran macam
sebesar stadium.(mcm tu la)
bukan je besar, nak wat 6 tingkat lagi perghh
gila betul. mmg lebih2 la kan.tepi jalan tak silap aku.
ada la skit aku amik gambar dari blog tersebut..







yang bawah ni pulak gambaran gereja yang telah siap dibina
kelak..


disebalik penubuhan gereja ni, ada makna yang
tersurat. ada selitkan unsur Freemanson..

komen anda??