YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES
Hai!! Selamat Mencuci Mata. :)

MOTHERS DAY..



ATTENTION !!!

dont forget 10 MAY 2009 is MOTHERS DAY..

i want to wish to ALLLLL MOTHER in the world

HAPPY MOTHERS DAY~



[A] mother is one to whom you hurry when you are troubled. ~Emily Dickinson

new couple.....





i have meet somebody

i have know somebody

i have found somebody

i have love somebody

i have miss somebody

i have
forget somebody

i have everything.....

Perdana Menteri ke-6


Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang keenam menggantikan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang berundur selepas menerajui negara lebih lima tahun.

Najib, 55, mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara.

Najib mengikut jejak Allahyarham ayahandanya, Tun Abdul Razak Hussein, yang menerajui negara dari tahun 1970 sehingga 1976, apabila beliau meninggal dunia akibat leukemia.

Segak berbaju Melayu hitam, Najib tiba di Istana Negara pada 9.42 pagi diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor. Mereka berdua kemudian memasuki Balairong Seri pada 10 pagi diikuti Abdullah dan isteri Datin Seri Jeanne Abdullah.

Seramai 319 tetamu kehormat hadir pada majlis bersejarah itu termasuk bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Pada majlis sama, Abdullah dikurniakan anugerah Seri Maharaja Mangku Negara (SMN) manakala Jeanne menerima anugerah Seri Setia Mahkota (SSM), kedua-duanya membawa gelaran Tun daripada Seri Paduka.

Najib dilahirkan di Kuala Lipis, Pahang, pada 23 Julai 1953 dan merupakan anak sulung kepada Tun Abdul Razak dan Tun Rahah Mohd Noah.


APRIL FOOL


haha ari ni april fool, so kire ramai la gak kene tpu...
ak daa cite nih...

Pukul 10.50 a.m , waktu rehat ak ...
time 2 ak jln ngan member ak cam biasa , beli mknn cm biasa,,,
tiba2 ak dgr da bunyi cam org gado ble ak usha2 mmg btul la ada org gado,,,
dak yg gado 2 lak org yg ak knl..
mmg xsngka la dorg gado , psl dak nih kacau mmber die,,
bnde kecik pon nk gado pe r,, haha

pergaduhan ni berlaku antara Faw{bkn nm sbnr} ngan spe ak xcam la..
mmg xsngka la kan , si faw ni tolak dak 2 smpi
die jatuh then dorg pe lagi
bertekak r haha
mmg HAVOC gle , dorg ajak geng mmg xla kan
sume nk tgk dorg gado, pengawas xley wat pe,,
mmg sengal tul haha

ttbe pn.sa`adiah dtg tny pehal dorg gado...
last2 dorg ckp




APRIL FOOLLL...
mmg bodo tol
dorg gado mmg REAL gle..
FAWWAZ wa tabik sama lu r haha
die antra PELAKON yg terbaekkkkk
haha

moral: jgn la cube2 memainkan ckgu korg haha
dak2 yg gado td sume kne panggil ngan ckgu disiplin
haha
padan muke,,


pendek atau panjang??


Berambut panjang jika...

* Memiliki bentuk wajah ‘keras’ atau bertubuh besar

Ini berlaku bagi anda yang memiliki garis rahang yang ‘tegas’, atau yang mempunyai bentuk wajah bulat dan juga bagi anda yang bertubuh tinggi dan besar. Rambut panjang akan menyeimbangkan bentuk wajah atau postur tubuh sehingga kelihatan lebih feminin. Brooke Shields dan Gabrielle Reece adalah contoh terbaik. Sehingga kini mereka masih mengekalkan gaya rambut panjang untuk mengimbangi bentuk badan dan wajahnya.

* Mempunyai rambut sihat
Jika rambut anda berwarna hitam, bersinar dan sihat, potongan rambut panjang akan terlihat menarik dan mampu mempotret wajah anda dengan sempurna.

* Memiliki rambut kerinting
Jika rambut anda kerinting, sebaiknya jangan dipotong pendek. Potongan pendek akan membuat rambut anda menjadi sangat kembang. Lebih baik biarkan rambut tetap panjang. Alasannya, berat rambut akan 'menarik' rambut keriting hingga teksturnya menjadi tidak terlalu ikal. Rambut panjang kerinting juga kelihatan lebih seksi berbanding rambut panjang lurus.

* Tidak suka menggunakan peralatan mendandan rambut

Anda sudah cukup puas dengan gaya rambut sekarang. Anda bukan orang yang suka menggunakan bantuan pengering rambut atau ‘curling iron’ untuk mendapat gaya rambut yang diinginkan. Sebenarnya, rambut panjang pada asasnya sudah cantik tanpa memerlukan dandanan tambahan, selagi rambut itu sihat. Paling mudah, jika anda bosan atau sedang mengalami ‘bad hair day’, anda hanya perlu mengikatnya sahaja!

* Ingin kelihatan anggun
Pendandan rambut Jennifer Lopez memberi saranan, perempuan berusia 30 - 50 tahun sebaiknya mempertahankan panjang rambut mereka. Menurutnya, potongan rambut yang mencecah bahu bakal membuat mana-mana wanita kelihatan anggun dan menarik.



Potong pendek jika...

* Anda memiliki bentuk wajah berisi
Menurut pendandan rambut selebriti Meg Ryan, Sally Hershberger, seseorang yang memiliki bentuk wajah berisi, akan lebih sesuai dengan potongan rambut pendek. Potongan pendek membuat penampilan wajah dan rambut anda menjadi seimbang.

Ingin punya ciri tersendiri
* Rambut panjang sinonim dengan wanita feminin dan lembut, sedangkan rambut pendek mencerminkan orang yang aktif, ‘outgoing’ dan ekspresif. Jika anda ingin cepat menarik perhatian dan mempunyai ciri tersendiri, maka potongan rambut yang pendek merupakan pilihan yang paling sesuai.

* Anda seorang yang rajin
Rambut pendek perlu perhatian dalam waktu-waktu tertentu supaya potongannya tidak terjejas kerana bertambahnya panjang rambut. Kunjungan ke salun rambut secara rutin adalah kunci dalam menjaga rambut agar tetap dalam bentuk dan potongan yang baik. Dengan kata lain, anda juga mesti menyiapkan perbelanjaan tambahan untuk merapikan rambut secara teratur.

* Cepat bosan
Jika anda termasuk orang yang suka mengubah gaya dan warna rambut, potongan rambut pendek adalah pilihan terbaik