YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES
Hai!! Selamat Mencuci Mata. :)

macam2 pe`el

erghhh skang makin byk la asigmnt aku. huh mmg kene saba je la
tapi nasib baik wat dlm group.ade la 1, 2 kne wat sndri. 
sume stok kne anta bfre pkul 5 adoyai.
bkn keje menaip je kne wat.designning pn kne wat adoi.
da la kne lukis.aku mmg "PAKAR" sgt2 la kan dlm bab2 lukis ni hahaha
mmg nmpk bdk2 pny lksan je.tapi yg pnting aku phm pe yg nk disampai kan
xtau la if lectre ku phm or x hahahahhahahah 
bulan 8 nanti ada mid exam perhh mmg kne baca bku dri skng la.
kne jaga pointer doe.xnk aku dpt 2.00/target 3.3 ke atas hahaha
mmg harap sgt dpt A.
INSYALLAH......

yayyyyy!!!!


tadi mmg gempak arr.aku tertinggal charger laptop kat hostel
then mak suh amik.ttbe ckp "bwk je la kete ayah"
aku ape lagi angkat kaki la.tros ajak akak
 ahhha mak kecut la gak.ye r da lama xtest 
drive kete.ayah mana bagi aku bwak kete die 
adoii.tadi kuar senyap2.then test2 dlu park sume
hahaha mmg klaka doe.aku amik lesen pakai manual
ni auto.cam plek gak r.agak laju aku bawak.akak
da start bising adoi.dgr je la.kang
jadi pape ssh la plak.
ble smpi je kolej tepksa park dkt luar.
jauh doe kne park.penuh dlm kolej tu.
menapak je la huhh...
sampai je umah mak tny camne aku bwak sume 
hahahha lawak lawak..
mak kate jgn bgtau ayah.senyap2 je hehe :D

ohh AIR ...




selama 5 hari aku kne CURI air.hahaha
air xda kot.tgk meter da kne potong lo..adoiii
sape la yg kejam sgt tu.senior aku ckp,
kdg2 ada org xbayar.so sume kene la.
gile betul.pasal sorg sume kene.sakai toll.hhahaa
sume tido lmbt coz nk amik air.mmg merata la kan cari
air FREE hahhaha last2 amik air kat blik lain.
mmg baik hati sungguh haha.
mmg ktorg amik byk2 la kan/hahaa
ye r xkan la nk amik byk kali.wat muka tebal la kan 
kao cmtu.hahhahaa :)
tu la time ade air xnak lak mandi sume.
ni time xda air, time tu la rasenak mandi la pe la
hahahaha
so moral of this case "HARGAILAHHH AIR" :)

assiggnmmeeennnntttt !!!!!!





masuk2 je kelas dah study bab 2 padahal aku xblaja bab 1 kot.
satu haprak pun xpaham.adoiii.tapi nasib la
ada wat ulangkaji.so ley tangkap la pe yg die ajar.
aku tgk lecture sume stok MENGANDUNG hahhahaa
nanti pertghn sem die xajar.ye la dalam pantang time tu.
hehehe. stakat ni dah 4 asgnmnt kne wat.
nasib la ade wat dlm group.ALHAMDULILLAH.....
ahahhaa tapi aku makan kadang2 skali je sehari.
erghhhh mmg lapa la time2 malam kan.hahahah
begini lah nasib ble masuk stdy blik hahah 

gila ke pe?>>>


Merokok nak cantik!!!!


KUALA LUMPUR: Satu kajian mengenai gejala merokok di negara ini menemui fakta mengejutkan apabila jumlah kanak-kanak perempuan mula merokok pada usia di bawah 10 tahun didapati satu kali ganda lebih ramai berbanding kanak-kanak lelaki.
Lebih membimbangkan, kajian dilakukan Kajian Kesihatan dan Kematian Kebangsaan (NHMS ke-2) itu mendapati kanak-kanak perempuan terbabit merokok disebabkan faktor ingin cantik selain pengaruh daripada rakan sebaya dan tekanan perasaan.
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, berkata kajian pada 2003 itu mendapati peratusan kanak-kanak perempuan merokok adalah 29 peratus berbanding lelaki sebanyak 15 peratus dan peratusan keseluruhan perokok di bawah umur 10 tahun membabitkan 16 peratus daripada keseluruhan perokok di negara ini. “Kajian ini amat membimbangkan dan jumlahnya mungkin akan meningkat jika tiada peranan serta langkah pencegahan bersungguh-sungguh diambil semua pihak bagi menangani masalah ini,” katanya selepas melancarkan Hari Tanpa Tembakau Sedunia 2010 peringkat Institut Perubatan Respiratori (IMR) di sini, semalam. Berikutan itu, katanya, pelbagai pihak khususnya ibu bapa perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk menghentikan tabiat buruk itu kerana penggunaan tembakau dijangka boleh mengakibatkan kematian total 250 juta remaja di seluruh dunia.

“Ramai wanita terutama remaja beranggapan merokok boleh mengurangkan berat badan berikutan iklan dan promosi yang tidak beretika. Walhal ia hanya untuk mengelirukan generasi muda untuk merokok.

“Merokok sebenarnya tidak janji kecantikan fizikal, malah bawa keburukan dan bahayakan kesihatan,” katanya.

Beliau berkata, seperti perokok lelaki, perokok wanita turut terdedah dengan risiko barah termasuk kanser paru-paru, mulut, tekak, kerongkong, buah pinggang, pankreas dan pundi kencing. “Wanita merokok bermula sejak remaja berdepan risiko putus haid dua hingga tiga tahun lebih awal daripada sepatutnya, selain masalah ketidaktentuan haid seperti pendarahan tidak normal serta haid tidak teratur,” katanya.

Menurutnya, mengatasi gejala itu Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan badan bukan kerajaan (NGO) perlu bekerjasama untuk menganjurkan kempen kesedaran bahaya merokok.

“Perhatian yang diberikan ibu bapa semata-mata tidak cukup kerana remaja banyak masa dihabiskan di luar iaitu sekolah atau bersama kawan-kawan,” katanya.